Dec 3, 2009

Ust. Salehuddin bin Abu Samah - "Infaq Fi Sabilillah " untuk adek beliau AHMAD ZAIDAN

Assalammu'alaikum wrt wbt...

Bagi pihak Ustaz Salehuddin bin Abu Samah, Penasihat Bintulu Iqa' Center, Penasihat Persatuan Darul Hidayah dan Timbalan Pengerusi JAKSA:
Salam.
Rayuan infaq untuk adik saya, Ahmad Zaidan b Abu Samah, pelajar tahun akhir Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau amat memerlukan sumbangan untuk menyempurnakan pengajiannya. Infaq boleh disalurkan ke akaun saya:

SALEHUDDIN B. ABU SAMAH
BIMB 11031020123392
CIMB 11090000128208

Mohon jasa baik untuk maklumkan jumlah sumbangan kepada 019-4823755.
Semoga Allah memberkati hidup tuan/puan sekeluarga.

Dec 2, 2009

Jemputan Ke Kenduri Kesyukuran


Dengan sukacita dan penuh rasa rendah diri, dijemput para sahabat/sahabiah BIC dan tetamu blog BIC untuk hadir ke majlis perkahwinan kami.

MOHD NORUL SYAWAL BIN IBRAHIM
(Guru SMK Sebauh, Bintulu Sarawak)

&

NORDALILAH BINTI HJ. SHARIPUDDIN
(Guru SMK Bandar, Bintulu Sarawak)












Klik untuk besarkan imej

Semoga dengan kehadiran sahabat/sahabiah memeriahkan lagi majlis. Syukran...

Nov 20, 2009

Senarai halal dari JAIS

Assalamualaikum.

Akhir - akhir ini ramai guru-guru mencari info berkenaan halal. Ada yang bertanya samada New World Hotel ada pengesahan sijil halal dari JAIS atau sebaliknya. Kita juga susah untuk menjawab bab itu. Namun demikian kita usahakan juga untuk berhubung dengan JAIS untuk kepastian. Alhamdulillah melalui contact person di dalam JAIS Bintulu dan website JAIS kita dapat maklumat sohih dan tepat.

Untuk info berkenaan halal jais yang diperbaharui boleh klik sini HALAL JAIS.
Semoga maklumat ini amat berguna kepada seluruh umat Islam yang cintakan kebersihan dan kehalalan sesuatu makanan yang dimakan agar amalan kita dan doa kita diterima oleh Allah.

Mudah-mudahan kita termasuk di dalam orang yang sentiasa memelihara diri kita dari memakan makanan yang haram.

Nov 19, 2009

Bengkel asas blog dapat sambutan

Sebahagian peserta yang turu serta dalam In House Training

17 Nov 2009, Bintulu - Biro ICT AMAL, BIC dan NISA' telah berjaya menganjurkan bengkel mengenai asas berblog. Ramai juga kehadiran dikalangan sahabat yang berminat untuk menjadi blogger. Kelas dikendalikan oleh Ukhti Sizer, seorang jurutera di ABF ( Petronas ) dengan dibantu oleh Akhi Firdaus dan Izzudin.

Banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi yang sangat berguna dan bermanfaat untuk kami gunakan. Apa pun kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas tunjuk ajar yang telah diberi dan yang paling penting gunakan ilmu yang dipelajari ini dengan sebaik mungkin di dalam menyebarkan dakwah melalui tulisan. Insya Allah jika ada kesempatan, perbanyakkan lagi untuk anjur program seperti ini.

KPI : semua mesti ada blog

Tahniah kepada semua bakal - bakal bloggers. Menyampai untuk memberitahu kepada masyarakat, terus menulis untuk Islam.

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH.


الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيد المرسلين ..... وبعد

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hambaNya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.

Terdapat beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis yang ada menyebut tentang kelebihannya:

1. Firman Allah Taala :

[ وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ] [سورة الفجر: 1-2]

Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} (Al-Fajr: 1-2)

Kata Ibnu Kathir :Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).

2. Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam telah bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
[رواه اأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(H.R: Ahmad, At-Tirmizi).

3. Firman Allah Taala :

[وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ] [سورة الحج: 28]

Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas RA : Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ . رواه أحمد 5446-صحيح

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah Taala dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT.
Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu secara berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan mengangkat darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Perkara ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA.
Hal ini kerana puasa juga termasuk di dalam amalan soleh.
Daripada Hunaidah bin Khalid RA, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berkata: ‘Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah, pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi : Berpuasa pada hari-hari sepuluh Zulhijjah adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID.
Hal ini kerana hadis Ibnu Umar RA yang telah dinyatakan di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari : ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’

Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’

Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah Rodhiallahu 'Anhum.

Adalah amat digalakkan para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.

4. PUASA PADA HARI ARAFAH.
Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada Hari 'Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit daripada Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam . Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.

[صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ] [رواه مسلم]

Maksudnya: “Berpuasa pada Hari 'Arafah, aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (H.R Muslim).

PERINGATAN:
Amalan ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH.

Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari yang amat mulia ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal di dalam setahun sehingga melebihi Hari 'Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim : ‘Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah Hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah Hari Nahr, kemudian Hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji bermabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).

Sebahagian ulama' lain pula berpendapat Hari 'Arafah lebih afdhal kerana sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan dosanya oleh Allah Taala selama dua tahun, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hambaNya lebih ramai daripada Hari 'Arafah dan pada hari itu juga Allah Taala turun menghampiri hambaNya dan berbangga kepada malaikat dengan hambaNya yang berwukuf pada hari tersebut.

Pendapat yang lebih tepat ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.

Sama ada Hari Nahr atau Hari 'Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:

1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia daripada kebaikan dan menjauhkannya daripada Tuhannya.

2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala. Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} (Al-Ankabut: 69).

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Kepada para jamaah haji, kita doakan semoga mereka mendapat Haji yang mabrur, Amin.

Sekian, wassalam.

Akhukum:

Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian, Kelantan.

Diterbit semula dengan izin penulis oleh Bintulu Iqra’ Center
www.bintulu-iqracenter.blogspot.com

Posted by Abu 'Ammar Madani

Nov 18, 2009

Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu

Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu
www.iLuvislam.com
Oleh: Pahrol Mohd Juoi
Editor: NuurZaffan


Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

Editor: Andai diri seorang ibu dan bakal ibu, boleh juga tukar soalan kepada bagaimana mendidik anak lelaki.

Nov 17, 2009

Facebook oh facebook...



Global news service of the Jewish People melaporkan pada tahun 2008, Israel telah menjemput Zuckerberg menghadiri perayaan Hari Kebangsaan Israel.

Bahkan ada juga laporan yang menyebut Presiden Yahoo dan Naib-Pengasas Google juga dijemput semasa 2008.

Gambar-gambar yang disertakan adalah terbitan Al-Islam Spetember 2009 bertajuk Zuckerberg Guna Facebook Untuk Bunuh Penduduk Palestin.



Apa respons kita selaku umat Islam?

Nov 16, 2009

Gambar : Rempuhan kereta di Taman Angsana

Takziah kepada Ustaz Sardi dan Saudara Hafiz di atas musibah yang menimpa mereka tempohari. Peristiwa ini berlaku pada 14 Nov 2009 sekitar jam 9.45 malam di Taman Angsana. Sebuah kereta Kancil yang dipandu oleh seorang pemuda di dalam lingkungan usia awal 20-an telah merempuh 3 buah kereta kepunyaan sahabat kita iaitu kereta Ustaz Sardi, Hafiz dan Cikgu Rosmah.

Akibat perlanggaran tersebut, kereta kancil yang melanggar telah terbalik ( tayar kat atas ). Rakan-rakan AMAL Sarawak berusaha membantu pemandu tersebut. Namun kekesalan yang timbul dalam pihak kami sedang leka melihat kerosakan kereta yang dialami oleh Myvi Hafiz, pemuda itu telah melarikan diri.

Mujur pada keesokan harinya, pemuda tersebut telah ditemui tidak jauh dari tempat kejadian. Pihak mangsa ( Ustaz Sardi & Hafiez ) telah berunding dengan pemuda itu untuk menyelesaikan permalahan yang timbul. Difahamkan pihak keluarga bersedia untuk membantu sahabat-sahabat kita ini untuk membaiki kereta mereka.

Pihak BIC mengucapkan takziah kepada sahabat yang terlibat, mudah-mudahan mereka akan tabah dan dikurniakan dengan kesabaran di dalam menempuh ujian yang sedang menimpa kini.


Remaja BIC

Kelas Pengajian

SEMUA KELAS AKAN DIJALANKAN DI PREMIS BIC & TERHAD KEPADA 20 ORANG PELAJAR BAGI SETIAP KELAS

UNTUK PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI;

UST IBRAHIM [019-4535119]
MOHD HASAN [012-257 9721]

Jadual Kelas

KELAS FEQAH
Hari: Selasa
Masa: 7.30 - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART QUR'AN (kanak-kanak)
Hari: Rabu - Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART TAJWID (pelajar 10-17 thn)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART ARABIC (kanak-kanak)
Hari: Sabtu - Ahad
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

KELAS MENGAJI (dewasa)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 9.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - PHYSIC
Hari: Ahad (Tg 4 & 5)
Masa: 8.30 pg - 10.30 pg
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - CHEMISTRY
Hari: Selasa (Tg 4)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - ADD MATH
Hari: Ahad (Tg 5)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

Aktiviti BIC 2009

9 Ogos hingga 12 September 2009 - Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan